Yang Hadir : (AJK) Ong Siew Hong ; Rohimi Yosof ; Lam Weng Kai ; Abd Wahab Md Diah ; Azlan Rahmat ; Yousof Ismail ; Abd Rahman Husin ; Ricky Lee ; Ng Kok Hing ; Mahadzir Razak ; Chan Pak Nean ; Ramadas Marimuthu ; Zainullah Awang ; Ahmad Zaki ; Jasmi Ibrahim ; Iskandar Shah dan (Penduduk) Yousof Kunju
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn Ong Siew Hong.
1. Update on blasting issues and meeting with Authorities
- Pengerusi telah memaklumkan kepada ahli-ahli jawatan kuasa bahawa masalah letupan batu telah dikemukakan kepada Cik Gan Pei Ni, Adun Rawang dari PKR untuk langkah penyelesaian.
- Pihak jawatan kuasa telah meminta Cik Gan menguruskan satu sesi dialog dengan pihak-pihak yang terbabit dalam masalah letupan batu dan pencemaran udara. Menurut Cik Gan, perkara ini sedang diuruskan.
2. Update on the status of security at TRP2
- En. Yousof Ismail memberitahu bahawa perkhidmatan sekuriti di kawasan RP11/1 – RP11/3 kurang memuaskan ;
- Sekuriti yang bertugas tidak menjalankan kerja rondaan seperti yang diperlukan terutama sekali di lorong belakang dan sekuriti juga tidak menggunakan lampu apabila menjalankan rondaan pada waktu malam ;
- Ada diantara penduduk yang menyuarakan keinginan mereka menarik diri dari program ini ;
- Ricky berpendapat bahawa kita seharusnya menimbang kualiti program sekuriti dari segi keseluruhan dan bukannya pada satu-satu individu sahaja. En. Wahab melaporkan bahawa sejak program sekuriti dijalankan, masalah-masalah pecah rumah telah banyak berkurangan dan tiada kes yang dilaporkan sejak kebelakangan ini ;
- Namun, pihak jawatankuasa masih perlu memantau dengan rapi kualiti kerja mereka ;
- En. Ricky membangkitkan semula cadangan untuk memasang palang besi di pintu jalan utama dan menutup sesetengah jalan masuk ke kawasan RP10 ;
- Isu ini diserahkan kepada En. Wahab yang akan mengadakan mesyuarat untuk berbincang dengan lebih lanjut bagaimana hendak melaksanakannya dalam masa yang terdekat.
3. Treasurer to update on finance related matters
- Menurut timbalan bendahari En. Ng, baki duit yang ada dalam tangannya lebih kurang $1,300/= masih tidak berubah ;
- Pn Ong pula memberitahu bahawa baki duit yang ada dalam akaun bank Program sekuriti RP11/4 – RP11/8 yang merupakan baki duit untuk Hari Keluarga berjumlah $850/-
- En. Ruby berpendapat bahawa tindakan perlu diambil untuk mendapatkan semula sumbangan $2,000 yang dijanjikan oleh bekas Adun Rawang, Dato Tang See Hang dan $1,000 yang dijanjikan oleh En. John dari Sunway Quary.
4. General Meeting to re-elect office bearers for the next term
- Cadangan pengerusi untuk mengadakan perlantikan semula jawatan kuasa baru untuk memberi laluan dan peluang kepada orang lain berkhidmat dalam komuniti ini tidak disetujui oleh En. Zaki dan ahli-ahli yang lain yang berpendapat bahawa kita sepatutnya menyelesaikan masalah pendaftaran persatuan dahulu sebelum pilihan baru dibuat ;
- Cadangan memohon Balai Raya untuk TRP2 telah dibangkitkan semula dan ada diantara ahli berpendapat peluang untuk mendapatkan Balai Raya adalah lebih baik pada masa sekarang dibandingkan dengan dahulu ;
- Pengerusi dan En. Ruby bersetuju untuk membuat lawatan ke Majlis Perbandaran Selayang untuk mempertanyakan prosidur permohonan pada hari Selasa, 20/5/08 ;
- Memandangkan perlantikan semula ahli jawatankuasa tidak akan dijalankan sehingga pendaftaran persatuan disiapkan, pengerusi telah mencadangkan, untuk mengurangkan bebanan kerja pengerusi, tanggungjawab mengadakan aktiviti atau mesyuarat di masa akan datang perlu dipikul bersama oleh timbalan-timbalan pengerusi secara bergilir-gilir, cadangan ini dipersetujui dan majlis juga telah bersetuju mesyuarat akan diadakan dua bulan sekali. ;
- Mesyuarat yang akan datang telah dijadualkan oleh pengerusi seperti berikut
Bulan Julai – dipengerusikan oleh En. Abd Rahman Hussin
Bulan September – dipengerusikan oleh En. Chan Pak Nean
Bulan November – dipengerusikan oleh En. Ramadas Marimuthu
Tarikh dan tempat mesyuarat akan ditentukan oleh pengerusi mesyuarat yang terbabit dan dimaklumkan kepada ahli jawatankuasa nanti ; - Setiausaha, En. Zainul juga telah memberitahu bahawa beliau tidak berupaya untuk menjalankan kerja sebagai setiausaha jawatankuasa ini atas sebab komitmen peribadinya dan meminta kerja setiausaha diambil alih oleh orang lain. En. Azlan, timbalan setiausaha juga memberitahu masalahnya yang sama ;
- Memandangkan tiada diantara ahli-ahli lain yang sesuai dan/atau berupaya dan sanggup mengambil alih tugas sebagai setiausaha, En Yousof Ismail telah mencadangkan kemasukkan orang baru sebagai setiausaha. Cadangan ini dipersetujui dan usaha mencari calon yang sesuai akan diuruskan oleh En. Yousof ;
5. Lain-lain perkara berbangkit
- Pengerusi juga telah memberikan komitmennya untuk mengusaha dan mengekalkan laman web atau blog Taman Rawang Perdana 2 (http://www.jkp-trp2.blogspot.com/) dan juga akan berusaha untuk menjadikan laman web atau blog TRP2 satu sumber informasi yang berkesan untuk semua penduduk TRP2 ;
- Laman web atau blog tersebut juga boleh digunakan oleh penduduk sebagai satu saluran bisnes samada untuk menawarkan kerja/perkhidmatan atau mencari kerja/perkhidmatan.
Dengan tiada lagi isu-isu lain , mesyuarat tamat pada 11.15 malam.
1 comment:
Syabas kepada AJK Persatuan Tmn Rawang Perdana 2. Teruskan usaha2 baik anda.
Maaf saya tidak dapat menyumbang masa & tenaga kerana bekerja.
Mengenai sekuriti, saya cadangkan ianya patut di terusksn kerana semenjak adanya sekuriti tiada kejadian pecah rumah. Cumanya kita kena lah pantau kerja mereka dari masa ke semasa. Ada cadangan ke macam mana nak pantau?
Dan saya merasa sedih kerana ada jiran2 kita yang tidak join, namun kebaikannya mereka kecapi bersama.
Dr Khairun
2 RP11/5
Post a Comment