Sunday, June 1, 2008

Mesyuarat mengenai isu letupan batu di pusat khidmat PKR pada 29.5.08


Mesyuarat berkaitan dengan aduan aktiviti-aktiviti letupan batu di Taman Rawang Perdana 2 yang diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat KeADILan Parlimen Selayang (DUN Rawang), di No.33A Jalan Bersatu 10, Taman Bersatu, 48000 Rawang, Selangor pada 29hb Mei 2008, Hari Khamis, 10.00 pagi

Mesyuarat tersebut telah dipengerusii oleh Adun Rawang, YB Cik Gan Pei Ni

Yang turut hadir :
En. Ng Zhung Gia (Tel 012-707 3958), setiausaha khas kepada Cik Gan

En. Nurul Huda B. Romli (Tel : 016-311 2315) dari Jabatan Mineral & Geosains
En. Kamal Azlan Jusoh (Tel : 03-5510 1833) dari Jabatan Mineral Dan Geosains
En. Mustaza Mustafa (tel 03-5510 1833) dari Jabatan Mineral Dan Geosains

Tuan Hassan (Tel 03-4409 4000) dari Jabatan Alam Sekitar
En. Affendy (Tel : 017-375 0646) dari Jabatan Alam Sekitar Selangor

En. Mohd Syairul B. Abu Bakkry (Tel : 03-6131 1313) dari JKR Gombak
En. Ganesan A/L Mailvaganam (Tel : 019-281 1627) dari JKR Gombak

En. Shamsul Arshad (Tel : 03-6131 1034) dari Pej. Tanah Gombak

En. Husni Khusairi Abd Ghani (Tel : 03-6120 4864) dari Bah. Perancang Bandar, MPS
En. Hasrol Aswad B. Md Desa (Tel : 03-6120 4846) dari Bah. Kawalan Pembangunan, MPS
En. Mohd Aizuddin B. Mohd Yusof (Tel : 03-6120 4846) dari Bah. Kaw. Pembangunan, MPS

En. Choong Chee Chiew (Tel – N/A) dari Rawang Granite Sdn Bhd
En. S Ramasamy (Tel : 019-319 7592) dari Mahumas Sdn Bhd

En. Ku Kian Chiang (Tel : 019-268 7808) dari Sunwaymas Sdn Bhd
En. William Oh (Tel : 019-337 4818) dari Sunwaymas Sdn Bhd
En. Lim Kok Hooi (Tel : 019-2255895) dari Sunway Quarry Ind. Sdn Bhd
En. Gopal Singh (Tel : 019-3391622) dari Sunway Quarry Industries Sdn Bhd

Pn Ong Siew Hong (Tel : 019-263 9086) dari Jawatan Kuasa Penduduk TRP2
En. Rohimi B. Yusoff (Tel 016-227 2722) dari Jawatan Kuasa Penduduk TRP2
En. Ricky Lee (Tel 016-2062009) dari Jawatan Kuasa Penduduk TRP2
En. Chan Pak Nean (Tel : 012-313 0765) dari Jawatan Kuasa Penduduk TRP2
Dr Lam Weng Kai (Tel : 012-539 4882) dari Jawatan Kuasa Penduduk TRP2

En. Edmund Liew (Tel : 012-357 7688), penduduk TRP2
En. Suppiah Amirthalingam (Tel : 013-352 4854), Penduduk TRP2

En. Stuart Michael (Tel : 019-289 1377) dari Star Publication (Malaysia) Bhd
Pemberita dari China Press dan akhbar-akhbar tempatan


1.1 Mesyuarat bermula dengan ucapan selamat datang oleh YB Cik Gan Pei Ni mengenai tujuan mesyuarat diadakan pada pagi ini dan seterusnya memberi peluang kepada wakil dari Jawatan Kuasa Penduduk Taman Rawang Perdana 2 untuk menghuraikan masalah-masalah berkaitan dengan aktiviti-aktiviti letupan batu.

Soalan-soalan dan masalah-masalah yang dibangkitkan :

1.2 Pn Ong Siew Hong, pengerusi Jawatan Kuasa Penduduk TRP2, memberitahu bahawa masalah yang dibangkitkan ini sebenarnya merupakan isu lama yang masih tidak diselesaikan sejak tahun 2005. Sesi-sesi dialog pernah diadakan beberapa kali diantara pihak-pihak berkuasa, pihak-pihak terbabit dan pihak wakil penduduk sejak Nov 2005.

1.3 Pn Ong juga memberitahu perasanan ketidak puas hati pihak penduduk dengan keadaan letupan yang dijalankan tidak berhenti-henti sejak beberapa tahun yang lepas.

1.4 Pihak penduduk berasa perasaan dan kepentingan mereka tidak dihirau atau diutamakan. Tiada pihak yang bertanggubjawab ke atas segala keretakan dan kerosakkan struktur rumah mereka.

1.5 Masalah pencemaran dari kilang premix dan kerosakkan jalan juga merupakan masalah sambilan yang timbul daripada akvitivi letupan batu ;

1.6 Beliau juga mengingatkan perjanjian pihak Sunway Quarry dan Mahumas dalam satu mesyuarat yang di adakan di MCA pada 17 Feb 2006 bahawa aktiviti letupan batu hanya akan berlanjutan selama 6 bulan dan 14 bulan masing-masing. Itu bermakna aktiviti letupan batu sepatutnya berakhir dalam bulan Ogos 2006 dan April 2007. Tetapi, aktiviti tersebut masih dijalankan sehingga hari ini ...

1.7 Beliau juga mengkritik cara pihak-pihak berkuasa mengambil tindakan seumpama membaling bola dari satu bahagian kepada bahagian yang lain tanpa tindakan dan langkah penyelesaian yang relistik.

1.8 Beliau juga meminta jawapan daripada pihak-pihak terbabit, bilakah semua masalah ini akan berakhir ? Dimanakah hak penduduk TRP2, sebagai rakyat dan pengguna ?

1.9 Selain daripada masalah letupan batu, juga dibangkitkan beberapa masalah kemudahan asas taman yang perlu diselesaikan oleh pihak Majlis Perbandaran Selayang, diantaranya :

- Masalah kerosakkan lampu jalan ;
- Tiada tanda jalan ke TRP2 ;
- Longkong di seluruh TRP2 yang tidak pernah dibersihkan ;
- Tiada perhentian bas ;
- Pasar Besi yang rosak ;
- Tangki air yang tidak ditutup ;
- Masalah rumah kosong berlalang dan
- Masalah kerosakkan jalan

1.10 En. Chan Pak Nean, AJK penduduk TRP2 pula mempersoalkan kekeliruan piawaian yang digunakan untuk memantau aktiviti letupan. Pada pengetahuan beliau yang didapati dari sebuah majalah, bacaan yang diambil untuk menentukan kesan kerosakkan adalah berdasarkan ‘particle velocity’ dan bukannya ‘ vibration level’. Selain daripada itu, perasaan dan keselesaan penduduk (comfort level) juga merupakan faktor yang perlu dipertimbangkan ;

1.11 En. Rohimi Yusoff, AJK penduduk TRP2, telah memaklumkan masalah beliau mengenai masalah kemudahan asas di kawasan beliau iaitu RP12. Cik Gan memberitahu masalah kemudahan asas ini akan dibincangkan semula dalam mesyuarat kecil yang lain..

1.12 En. Ricky Lee dari AJK penduduk telah mempersoalkan keraguan beliau mengenai pematuhan peraturan-peraturan pembangunan yang dijalankan oleh pemaju Sunwaymas dan Sunway Quarry ;

1.13 En. Suppiah, seorang penduduk TRP2 telah memberitahu masalah kerosakkan rumahnya yang teruk yang tidak pernah diselesaikan walaupun kerja-kerja pembaikan telah dilakukan oleh pemaju Sunwaymas sebanyak 8 kali. Masalah tidak pernah diselesaikan sejak beliau mendapat kunci rumah dalam tahun 2001. Masalah keretakan rumahnya asyik timbul semula tidak lama selepas kerja pembaikan. Masalah kebocoran air dari bumbung dan juga dari bawah tanah juga diantara masalah yang dihadapinya.

1.14 Dr Lam Weng Kai dari AJK penduduk juga telah memberikan pandangan beliau mengenai masalah kerosakkan rumah di TRP2 ;

Jawapan daripada pihak-pihak terbabit :

2.1 Apabila dipersoalkan tentang kelulusan yang diberikan kepada kuari-kuari yang menjalankan aktiviti letupan batu, En. Shamsul Arshad dari Pej. Tanah Gombak memberitahu bahawa bahagian beliau tidak pernah dimaklumkan tentang masalah letupan batu yang berlaku di Taman Rawang Perdana 2 ;

2.2 Beliau juga mencadangkan supaya kajian dijalankan oleh jabatan teknikal untuk mengenal pasti punca masalah keretakan dan kerosakkan rumah sebelum pihak beliau dapat mengambil tindakan yang sewajarnya ;

2.3 Jawapan daripada Mahumas yang diwakili oleh En. Ramasamy mengenai isu letupan batu masih sama, iaitu, letupan batu dijalankan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pihak JMG dan letupan hanya dijalankan 3 kali seminggu. Aktiviti letupan terpaksa dilanjutkan kerana kegagalan mereka menyiapkan kerja-kerja pembangunan akibat daripada pengawalan letupan yang dijalankan jauh rendah daripada apa yang dirancangkan sebelum ini demi menjaga kepentingan penduduk ;

2.4 Jawapan daripada Sunway Quarry yang diwakili oleh En. Lim Kok Hooi mengatakan bahawa letupan batu oleh Sunway Quarry hanya dijalankan tidak melebihi 2 kali sebulan dengan kedudukan letupan yang agak jauh tidak membawa apa-apa kesan kepadan penduduk ;

2.5 Tetapi masalah pencemaran yang diakibatkan oleh kilang premix Sunway Quarry akan mengambil masa tiga (3) tahun sehingga platform baru dapat disiapkan sebelum kilang premix dapat dipindahkan ;

2.6 En. Ganesan Mailvaganam yang mewakili JKR, Gombak yang menguruskan projek Highway Rawang By-Pass, memberitahu pihaknya akan mempertimbangkan langkah alternatif dalam kerja pemecahan batu walaupun ia melibatkan kos yang tinggi, sekiranya dikenalpasti bahawa cara letupan yang dijalankan akan membawa kesan yang buruk dan kerosakkan kepada penduduk persekitaran. Namun, siapakah yang akan menjalankan kerja penilaian ini ?

2.7 Mengenai masalah pencemaran oleh kilang premix, En. Affendy daripada Jabatan Alam Sekitar mengatakan kerja pemantauan pencemaran sememangnya dijalankan setiap 3 bulan sekali dan jabatan beliau telah memastikan syarat-syarat dipatuhi oleh kilang premix tersebut. Namun, untuk menyakinkan penduduk, beliau bersetuju untuk memasang alat pengukur di kawasan berhampiran dengan surat permohonan daripada Jawatan Kuasa Penduduk ;

2.8 En. Nurul Huda dan En. Kamal dari Jabatan Mineral Dan Geosains telah memberikan huraian tentang tanggungjawab mereka dan berkekesanan kerja pemantauan yang dijalankan oleh pihak JMG dalam pemantauan aktiviti-aktiviti letupan batu di TRP2 ;

2.9 Jawapan yang diberikan oleh pihak-pihak terbabit mengenai tarikh aktiviti letupan diberhentikan adalah seperti berikut :
- Mahamus : July 2009
- Jawapan dari JMG bagi pihak JKR/Minetech ialah satu (1) tahun ;
- Manakala projek pembangunan Sunwaymas dijangka akan berlangsung selama 10 tahun.

2.10En. Hasrol Aswad dari bahagian kawalan pembangunan, MPS berjanji beliau akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menyelesaikan masalah-masalah kemudahan asas di TRP2 ;

2.11YB Cik Gan mencadangkan supaya satu jawatan kuasa kecil ditubuhkan untuk mencari langkah penyelesaian, beliau juga berjanji akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah ini.

2.12Masih tiada langkah penyelesaikan dicapai dalam mesyuarat kali ini. Mesyuarat yang akan datang akan diadakan dua (2) minggu dari sekarang. Tarikh sebenar akan dimaklumkan secara rasmi selepas ini.

Mesyuarat tamat pada pukul 12.30 tengahari.

Disediakan oleh Ong Siew Hong,,
Pengerusi Jawatan Kuasa Penduduk Taman Rawang Perdana 2
29hb Mei 2008

No comments: